KWSP kredit RM500 dalam akaun ahli

KWSP kredit RM500 dalam akaun ahli


Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024


Dalam kenyataannya, dana persaraan itu berkata insentif berkenaan diperuntukkan kepada kalangan individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24 Februari 2023.


"Insentif caruman RM500 sekali bayaran ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.


"Ini sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat lebih luas bagi membina masa depan kewangan yang berdaya tahan," katanya.


Sumber : Harian Metro