STR Fasa 1 : Semakan Status Kelulusan 2024

0

STR Fasa 1 : Semakan Status Kelulusan 2024

Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024


STR Fasa 1 : Semakan Status Kelulusan 2024

Pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing bermula 29 Januari 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024 Fasa 1 mengikut kategori.


Jumlah Keseluruhan STR 2024


Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024:

  • Kategori isi rumah, kadar minimum STR meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700
  • Untuk golongan belia, kadar minimum STR meningkat dari RM350 kepada RM500
  • Manakala warga emas, kadar minimum STR meningkat dari RM600 kepada RM750

  • Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024

    Berikut dikongsikan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1 mengikut kategori



    Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

    • Pembayaran STR 2024 Fasa 1 akan dibayar secara berperingkat pada 29 Januari 2024
    • Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talinan dan borang kertas)
    • Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
    • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

    Semakan Status STR Fasa 1

    Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/



    Soalan Lazim (FAQ)

    Siapakah yang layak menerima STR?

    Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

    Isi Rumah
    – Kahwin: atau
    – Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
    – pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

    Warga Emas Tiada Pasangan
    – Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    – had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    – Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

    Bujang
    – Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    – had umur adalah 21 -59 tahun; dan
    – pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

    Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

    Bilakah Permohonan STR 2024 akan dibuka?

    Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023

    Bilakah tarikh permohonan dan pembayaran STR?

    Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

    Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti di dalam jadual

    Bagaimanakan kaedah bayaran STR 2024 dilakukan?

    Kredit ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

    Catat Ulasan

    0Ulasan

    Terima kasih

    Catat Ulasan (0)

    #buttons=(Amin) #days=(20)

    Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
    Ok, Go it!