Nasi Ayam Claypot, nasi berkerak garing & Halal

Video 

Kali ni Che Nom nk share resepi masakan yang berasal dari China, iaitu Claypot chicken Rice. Ada banyak variasi sebenarnya bila kita tengok resepi di internet. Jadi Che Nom rujuk semua dan olah ikut kesesuaian sendiri, yang mudah lah untuk masak kat rumah. 

Yang penting, Claypot Chicken rice ni, ayam tu kena masak dengan cukup rasa perapan, moist dan lembut. Kena rasa bwg putih, halia, juga campuran kicap dengan minyak bijan yang sesuai..baru lah sedap. Satu lagi, kerak nasi pun mesti kena ada bila kita masak dengan claypot..barulah lah tip top hasilnya. Che Nom kongsikan juga tips ayam masak sempurna utk beginner dan cara nak dapatkan nasi yang berkerak. Menarik betul cara masakannnya.

//Bahasa Melayu
------------------------

Bahan-bahan perapan ayam
3 ketul ayam
2 sb kicap cair
1/2 sk kicap pekat
1 sb sos tiram
1 sk gula perang
1 sk serbuk pati ayam
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sk minyak bijan
1 sb tepung jagung
1/2 sk garam
2 tangkai cili kering

Bahan-bahan beras/nasi
3/4 cwn beras
1 cwn air
*Boleh lebihkan beras jika suka
1 sk minyak masak
Bahan-bahan ikan kering goreng
3 ulas bawang putih
2-3 ketul ikan masin
4 sb minyak masak

Bahan-bahan kuah drizzle
1 1/2 sb kicap cair
1-2 sb kicap pekat
1 sk minyak bijan
Daun bawang 
Cendawan Shiitake

//English
------------------------
Chicken marinade ingredients
3 pieces chicken
2 tbsp light soy sauce
1/2 tsp dark soy sauce
1 tbsp oyster sauce
1 tsp brown sugar
1 tsp chicken stock powder
1 clove garlic
1 inch ginger
1 tsp sesame oil
1 tbsp cornstarch
1/2 tsp salt
2 stalks dried chili

Rice ingredients
3/4 cup rice
1 cup water
*You can increase the amount of rice if you want to
1 tsp cooking oil

Fried dried fish ingredients
3 cloves garlic
2-3 pieces salted fish
4 tbsp cooking oil
Drizzle sauce ingredients
1 1/2 tbsp light soy sauce
1-2 tsp dark soy sauce
1 tbsp sesame oil
Scallion
Shiitake mushrooms

Sumber : Che Nom