Bayaran Fasa 1 STR 2024 – Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh

Bayaran Fasa 1 STR 2024 – Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh


Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024


Bayaran Fasa 1 STR 2024 – Semakan Jumlah & Tarikh

Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Untuk makluman, permohonan bagi tahun 2024 telah dibuka sepanjang bermula 1 November 2023. Jadi bagi yang masih belum membuat semakan status atau membuat permohonan baru, kemaskini dan isikan borang selengkapnya.


Kadar Bantuan

Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM2,000 : 3 – 4 Anak
    • RM1,500 : 1 – 2 Anak
    • RM1,000 : Tiada Anak
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
    • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM1,000 : 3 – 4 Anak
    • RM750 : 1 – 2 Anak
    • RM500 : Tiada Anak
  • Warga Emas Bujang
    • RM600
  • Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
    • RM350

Kadar Bayaran Fasa 1 STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.

Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak atau lebih : RM500

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM100
  • 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
  • 5 anak atau lebih : RM300

BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024


Kadar Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Bagi tahun 2024 ini, STR telah diperkasa dengan beberapa penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima bagi yang layak:

AMAUN BAYARAN BAGI KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024

  • Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan)
  • Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300
  • Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ) atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui fail PDF berikut: