Elak Kayu Musnah Dimakan, Abang Ni Kongsi Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah
Serangga perosak sememangnya memberikan banyak masalah bukan sahaja dari segi kesihatan malah kerugian harta benda.
Antara serangga yang popular dalam komuniti seperti lalat, siput, kutu, ulat bulu dan termasuklah anai-anai.
Umum mengetahui bahawa anai-anai tinggal di kawasan berkayu seperti pokok mati dan juga kawasan perumahan. Ia dikategorikan sebagai serangga perosak kerana membawa kerosakan kepada kayu-kayu yang menjadi “badan” rumah.
Jika tidak dikawal atau dihapuskan, ia boleh menyebabkan kayu-kayu di dalam rumah habis “dimakan” oleh serangga ini.
Oleh itu, penting bagi setiap penghuni untuk mengenal pasti sekiranya rumah mereka menjadi tempat kediaman anai-anai terutamanya rumah kayu atau lama.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Muhd Sofiyan di bawah.
Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah
Yang pertama, bagi mematikan satu koloni anai-anai, kena pastikan permaisuri nya mati. Jika tak mati selagi itu ada risiko serangan berulang.
Kedua, jangan sembur Ridsect atau aerosol. Tahap agresif akan meningkat. Jangan sembur minyak tanah atau campur racun dengan diesel? Boleh tahan ka baunya? Msu terbakar rumah. Satu pasai pulak. Anai-anai still selamat. Rumah kita “dihapuskan”.
Langkah ketiga, bagi kaedah pengumpanan, tak semua jenis anai-anai akan tertarik. Jika serangan dalam rumah, kebiasaannya spesis coptotermes. Ini jenis agresif. Maka sesuai pakai umpan.
Yang keempat, proses pembasmian secara umpan, mengambil masa sekurangnya 8 ke 10 minggu bagi mematikan keseluruhan koloni.
Kelima, jika nak buat sendiri, pastikan teliti dan betulkan tahu durasi, kuantiti umpan, kekerapan rutin sehingga matinya keseluruhan koloni.
Seterusnya, apabila disebut koloni, anai-anai kebiasaanya besar dan mega. Beratus ribu ekor.
Selain itu, bagi kaedah semburan, ianya adalah surface protection. Molekul racun akan bertahan pada permukaan yang disembur selama tempoh tertentu.
Anai-anai tak akan lalu laluan yang sama jika tercemar dengan racun. Maka akan mencari atau guna laluan lain ke sumber makanannya.
Jika nak sembur, sembur pada keseluruhan perimeter rumah.
Yang kelapan, dapatkan khidmat nasihat percuma dari yang pakar. Ada free inspection. Tak ambil dengan depa tak apa. Dapatkan details dan ilmu terperinci.
Jangan rugi atas tindakan sendiri.
Benda percuma. Jangan takut.
Tips seterusnya, pastikan nak beli apa-apa racun, tengok label. Yang ada kelulusan jabatan berkuasa malaysia tak. Sebab setiap Racun ada antidote di hospital.
Jika silap beli racun, takda antidote, kesannya pada diri dan boleh bawa maut. (ini info umum bagi apa segala jenis racun).
Langkah terakhir, istana anai-anai dalam tanah. Yang keluar menjalar itu adalah highwaynya. Permaisuri anai-anai tak bergerak langsung. Just stay dalam tanah.
Yang membawa balik makanan atau racun itu adalah kasta pekerja
Terima kasih