Semakan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Ketiga | Tahun 2023

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Semakan Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR yang akan memasuki fasa ketiga (3) yang dijadualkan tidak lama lagi. Untuk sedia maklum, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan STR ini hanya berbaki 2 fasa lagi.

SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 

Bantuan tunai STR telah diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan tunai tahun lalu yang dikenali sebagai Bantuan keluarga Malaysia (BKM) 2022. Untuk makluman, pembayaran STR 2023 akan diagihkan secara berperingkat melalui 4 fasa.

Kategori yang akan terlibat menerima bayaran STR adalah bujang, warga emas dan isi rumah (keluarga). Kadar bayaran bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori kelayakan, jumlah maksimum yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500.

Apa yang lebih menarik pada tahun ini, kerajaan telah mengumumkan bantuan tambahan bagi penerima sedia ada STR yang berada dalam kategori isi rumah. Kepada golongan keluarga miskin tegar, mereka layak menerima inisiatif tambahan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600.

SEMAKAN STR FASA KETIGA

Kini berbaki 2 fasa pembayaran semakan sumbangan tunai rahmah (STR), dikongsikan maklumat yang anda perlu tahun berkenaan pembayaran fasa ketiga tidak lama lagi. Kategori penerima yang akan terlibat pada fasa ketiga (3) adalah warga emas, bujang dan isi rumah.

Kaedah bayaran akan dijalan secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima dan tebus tunai dicawangan BSN bagi penerima tiada kad bank. Kadar bayaran sumbangan tunai fasa ketiga mengikut kategori adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH SEBULAN)
Bilangan anak (tiada) : RM300
Bilangan anak (1-2) : RM400
Bilangan anak (3-4) : RM600
Bilangan anak (5 dan lebih) : RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000 SEBULAN)
Bilangan anak (tiada) : Tiada bayaran
Bilangan anak (1-2) : RM150
Bilangan anak (3-4) : RM200
Bilangan anak (5 dan lebih) : RM250

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)
RM200

BUJANG (21 – 59 TAHUN)
RM150

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3

Untuk pengetahuan umum, pembayaran STR fasa ketiga akan dipercepatkan pada bulan Julai. Untuk semakan status pembayaran STR, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini bukan sahaja STR, terdapat lebih banyak inisiatif bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia terutama golongan yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!