STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 4 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA

Pembayaran akhir STR bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai Selasa, 7 November 2023.

Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

Lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Pengenalan STR

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023, manakala Fasa 3 telah diagihkan mulai 26 Jun 2023.


Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 4.


Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Setiap Kategori

Jika anda merupakan penerima STR Fasa 1, 2 dan 3, anda akan menerima bayaran seperti berikut:

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4


Sementara itu, bagi yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 dan 2, anda akan menerima bayaran STR Fasa 4 dengan jumlah berikut:

Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.


Oleh kerana permohonan STR 2024 telah dibuka, anda perlu menekan butang STR 2023 untuk melihat status pembayaran terkini Fasa 4.


Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 4, anda boleh tolakkan amaun kelulusan dan jumlah yang telah dibayar. Bakinya itu adalah bayaran yang akan diterima untuk fasa akhir ini, iaitu Fasa 4.

Anda juga boleh membuat semakan status bayaran melalui perbankan online yang telah anda daftarkan.

Terkini difahamkan BSN telah menerima bayaran STR setelah dimaklumkan oleh pengguna media sosial.


Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada 7 November 2023.

Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam hantaran sosial media terkini bertarikh 1 November 2023.


Dapatkan voucher dan pelbagai barangan Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan.

Bagi penerima tunai di BSN, sila rujuk notis berikut:

Sumber: Notis Bayaran STR Di Seluruh Cawangan BSN (Fasa 4)

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.


Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Kadar Tambahan Bayaran STR 2023

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas MyKasih bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Selain itu, anda boleh mendapatkan pakaian serendah RM9.90 pada setiap hari, mulai jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang di Shopee. Klik sini untuk info lanjut.