MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2024

MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2024


Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024


PERMOHONAN PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2023 – BILANGAN PESERTA ADALAH TERHAD KEPADA 35,000 ORANG !!!


Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.


Pengenalan

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.



Permohonan Program MyLesen B2 2024


PROGRAM MyLESEN B2 TAHUN 2024

Impak Program :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

KUOTA 35,000 PESERTA !!!


Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia


Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024


  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  4. Sihat Fizikal Dan Mental
  5. Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  6. Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)


  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  3. Sihat fizikal dan mental.
  4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.

Borang Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila scan QR code dalam poster di bawah atau klik melalui pautan yang disediakan: Borang PERMOHONAN



*(Sila scan menggunakan Google Lens)

Pautan Qr Code : Borang PERMOHONAN