Info Resepi Masakan 2023
Video
Kali ni Che Nom nak share resepi ayam butter kicap yang dipadankan bersama dengan nasi butter. Pada mak-mak atau tukang masak di dapur yang buntu tak tau dah nak masak apa tu, sekali skala jom lah cuba masak menu ni. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak sebab bahan masakan ayam dan nasi butter tu ada yang sama je.
Ayam butter kicap ni berkuah pekat, manis-manis pedas berlemak rasa nya, dan nasi butter pulak memang lembut, rasa lemak bersusu dan wangi. Pasti ramai yang suka lah kalau menu macam ni.
Bahan-bahan ayam kicap:
1/3 ketul mentega
1/2 ekor ayam
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
1 batang serai
2 tangkai daun kari
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1 inci halia
Kicap pekat manis
2 sb sos tiram
1 sb gula melaka
Sedikit air
2-3 sb air asam jawa
2 tangkai cili merah
Sedikit garam (jika perlu)
1/2 biji bawang holland
10 tangkai cili padi
Daun bawang
Bahan-bahan nasi butter:
1/3 ketul mentega
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 biji bawang holland
2 cwn beras
1 cwn susu cair /susu full cream
2 cwn air putih
1/2 kiub pati ayam
Sedikit batang daun bawang
Garam secukup rasa
Sumber : Che Nom
Terima kasih