Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan:
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR pada asasnya merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan kumpulan B40 dan M40.
Bantuan ini adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelumnya iaitu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Untuk pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.
Ini pula adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 yang disalurkan selepas ini:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
Bilangan anak 0: RM300
Bilangan anak 1 – 2: RM400
Bilangan anak 3 – 4: RM600
Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
Bilangan anak 1 – 2: RM150
Bilangan anak 3 – 4: RM200
Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
STR Fasa 2: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
STR Fasa 2: RM150
Bujang OKU 19 – 59 tahun
STR Fasa 2: RM150
Pembayaran STR Fasa 3
Pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat secara beperingkat pada bulan Julai 2023.
Sama seperti sebelumnya, pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus tidak aktif – pembayaran STR boleh diambil melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 dan STR sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.
Terima kasih