Takwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

TAKWIM SEKOLAH SESI 2023 / 2024 & CUTI PENGGAL KPM

Untuk makluman semua, takwim persekolahan dikekalkan dengan sesi persekolahan bermula MAC – kerana keperluan mencukupkan 190 hari wajib sekolah dan memahami kesukaran pelajar SPM menghadapi peperiksaan musim banjir.

Terkini, KPM memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan 2023 akan bermula lewat seminggu iaitu 19/20 Mac berbanding yang tertera dalam takwim edaran sebelum ni (12/13 Mac) – untuk kelancaran pengoperasian SPM.

Berikut dikongsikan takwim terkini untuk rujukan semua pihak.

Takwim Akademik Sesi 2023/2024 & Cuti Penggal Sekolah KPM

Ketetapan baharu KPM bagi permulaan hari persekolahan untuk Sesi 2023 / 2024 adalah seperti berikut:

- Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023
- Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023

Tarikh baharu ini adalah berdasarkan Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.

NOTA:

- Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN A)

KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN B)

CUTI PERAYAAN SESI 2023 / 2024

RINGKASAN

Penggal 1 : 20 Mac 2023 – 21 April 2023

Cuti Raya Aidilfitri 2023 :20 April 2023 (Khamis) – 30 April 2023 (Ahad) 11 Hari

Cuti Penggal 2 : 26 Ogos 2023 – 3 September 2023

Penggal 3 : 4 September 2023 – 15 Disember 2023

Cuti Penggal 3 : 16 Disember – 1 Januari 2024

Sambung Penggal 3 : 2 Januari 2024 – 9 Februari 2024

Cuti Penggal Akhir Persekolahan : 10 Februari 2024 – Mac 2024

NOTA:

Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan


Berikut dilampirkan kenyataan media oleh KPM berhubung penangguhan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang dijadualkan bermula pada 12 Mac dan 13 Mac 2023 sebelum ini.

Kenyataan media berkaitan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024.

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.

Muat turun versi PDF : LAMPIRAN_A_B_DAN_C.pdf