Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dibuat? Untuk makluman anda, bayaran STR Fasa keempat ini akan disalurkan pada bulan November.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2024 ini.
Pengenalan
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARa) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.
Kaedah Pembayaran
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4
TERKINI : Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada 7 November 2024.
Perkara ini diumumkan oleh PMX melalui pembentangan Belanjawan 2025.