Rasmi : Permohonan Kredit E-Wallet RM300 Untuk Rakyat Malaysia
Rasmi : Permohonan Kredit E-Wallet RM300 untuk rakyat Malaysia yang memerlukan kini boleh dilakukan. Individu yang berkelayakan, bayaran ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun e-wallet mereka secara bulanan.
Kerajaan negeri Selangor telah bersetuju akan meneruskan lagi inisiatif e-wallet ini menerusi program Bantuan Kehidupan Sejahtera atau lebih dikenali sebagai BINGKAS. Untuk tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
KREDIT E-WALLET RM300 BINGKAS
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Dalam pelaksanaannya BINGKAS ini, dianggarkan seramai 30 ribu rakyat negeri Selangor akan mendapat manfaat merangkumi golongan ibu dan seluruh isi keluarga di negeri tersebut.
MANFAAT BINGKAS
Pelbagai manfaat yang akan diperolehi sekiranya individu tersebut layak. Antaranya adalah :
- Had pembelian RM300
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
SYARAT PERMOHONAN
Setiap permohonan bantuan e-wallet RM300 ini, ianya akan melalui beberapa syarat kelayakan, antaranya :
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
Selain itu, sila pastikan anda melengkapi beberapa dokumen sokongan berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
CARA MOHON KREDIT E-WALLET RM300
Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk memohon kredit e-wallet RM300 BINGKAS ini :
- Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
- Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
Terima kasih