Kerajaan Negeri Umum Bantuan Khas Kewangan Minima RM2,000. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Kerajaan Negeri Umum Bantuan Khas Kewangan Minima RM2,000. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan



Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024

Bantuan kewangan khas secara one off kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ini akan memberikan sedikit tunai tambahan untuk mereka menjalani kehidupan seharian.


Pihak kerajaan negeri tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –


Bantuan Kewangan Khas RM2,000

Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000 kepada setiap penjawat awam negeri.


Senarai Penerima Bantuan

Berikut merupakan senarai penerima:

  • Semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri menerusi Belanjawan Pahang 2024.


Objektif Bantuan Khas Kewangan

Pemberian bantuan khas itu menjadi motivasi kepada penjawat awam Pahang untuk terus bekerja dengan baik dan meningkatkan pencapaian pada masa hadapan.


Tarikh Pembayaran & Cara Penyaluran

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada tahun 2024 secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Bantuan ini telah diumumkan dalam sesi pembentangan Belanjawan Pahang 2024 di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang.