eMadani Shopee – Cara Tebus & Senarai Kedai Fizikal ShopeePay
eMADANI sudah tiba, dan Shopee / ShopeePay adalah salah satu e-Dompet rasminya. Tapi, tahukah anda cara nak tebus dan mana nak pergi kalau kena beli di kedai fizikal yang terima pembayaran melalui ShopeePay?
Tuntutan akan dibuka mulai 4 Disember 2023 ini, jadi jangan lupa claim ya – nanti melepas, rugi!
Jom kita ketahui lebih lanjut tentang eWallet Madani ini dan bagaimana cara nak sahkan (verify) akaun Shopee untuk berbelanja di kedai fizikal yang menerima pembayaran menggunakan ShopeePay.
Pengenalan eMadani
Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.
4 penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini adalah :
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM100,000 setahun
- Bukan penerima eBeliaRahmah 2023
- Belum menebus eMadani melalui mana-mana platform eWallet lain
- Telah membuat pengesahan kad pengenalan
Tempoh Penebusan eMadani
- Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024
Cara Tuntutan & Penebusan eMadani Shopee / ShopeePay
Pengguna perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Lihat cara pengesahan akaun dan muat turun Shopee untuk tuntut eMADANI melalui infografik berikut:
CARA TEBUS EMADANI RM100 ANDA
CARA PEMBAYARAN SECARA FIZIKAL :
Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit eMADANI?
Anda boleh menggunakan kredit eTunai RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan ‘peer–to–peer’;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Anda juga boleh membeli pelbagai barangan keperluan melalui Jualan Rahmah Kasih Sayang di Shopee.
Sumber : https://shopee.com.my/
Terima kasih