eMadani MAE : Cara Daftar & Tebus e-Dompet RM100
Berita baik! Kerajaan telah mengumumkan eMadani, kredit e-Dompet bernilai RM100 untuk rakyat Malaysia yang boleh ditebus melalui 4 pengelola eWallet iaitu ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE Maybank.
Adakah anda telah bersedia untuk tebus RM100 eMADANI anda?
Mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, tebus melalui aplikasi yang dinyatakan di atas dan gunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang cara penebusan dan tawaran yang disediakan oleh eMadani MAE.
Pengenalan
eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.
Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.
Tempoh Penebusan
Anda boleh mula menuntut eMADANI RM100 bermula 4 Disember 2024 pada jam 8:00 pagi sehingga 20 Februari 2024 pada jam 11:59 malam.
Manakala proses pembelian dan pembayaran perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian*.
*Rujuk senarai kedai fizikal MAE di bawah
Cara Penebusan eMadani MAE
Ikuti langkah berikut untuk menuntut RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:
- Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE
- Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama
- Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’
- Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!
- Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE.
Belum mempunyai akaun Maybank atau e-Wallet MAE? Mohon e-Wallet MAE melalui aplikasi MAE untuk menuntut eMADANI anda hari ini.
Rujuk : Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u Tanpa Perlu Ada Akaun Maybank
LANGKAH DEMI LANGKAH : TUTORIAL TEBUS EMADANI RM100 MAE
LANGKAH 1 : Log masuk ke Apps MAE Maybank klik pada logo eMADANI
LANGKAH 2 : Klik ‘Setuju’
LANGKAH 3 : Klik setuju syarat yang telah ditetapkan
LANGKAH 4 : Isi maklumat anda nama, alamat dan sebagainya
Dah siap isi semuanya, tekan butang ‘Hantar’.
LANGKAH 5 : Tunggu proses pengesahan dan sekiranya LULUS, eWallet RM100 eMadani akan dikreditkan kepada anda!
Cara Pembelian Menggunakan Kredit e-Dompet RM100 eMadani MAE
Kredit RM100 eMADANI ini hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran kod QR fizikal di mana-mana peniaga di seluruh negara, termasuk peniaga kod QR DuitNow bank yang mengambil bahagian & eDompet.
Terdapat dua kaedah pembayaran untuk menggunakan eMADANI RM100 semasa pembayaran melalui aplikasi MAE.
Anda boleh mengimbas kod QR di kedai atau menunjukkan kod QR anda kepada juruwang untuk diimbas melalui Imbas & Bayar.
Untuk makluman, kredit e-dompet RM100 eMADANI TIDAK BOLEH digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah:
- Pemindahan rakan ke rakan
- Pengeluaran tunai
- Pembayaran bil utiliti bersepadu apl
- Pembayaran yuran/pembayaran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi
- Pembayaran bersepadu aplikasi bagi bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan prabayar
- Pembelian permainan bersepadu aplikasi
- Bayaran letak kereta dan/atau bayaran tol bersepadu aplikasi
- Aktiviti berkaitan pelaburan bersepadu aplikasi
- Urus niaga QR rentas sempadan
LANGKAH AKTIFKAN EWALLET EMADANI MAE & SEMAK BAKI
Bagi yang telah menebus eWallet MAE, anda perlu semak dahulu sama ada baki eWallet anda telah menerima kredit RM100 yang ditebus.
Ini kerana, ada pengguna yang mengatakan bahawa mereka scan ketika bayar, tetapi bayaran ditolak terus daripada akaun bank.
Jadi, pastikan anda semak setting berikut:
LANGKAH 1 : Tekan butang ‘Scan’ pada bahagian bawah paparan
LANGKAH 2 : Tekan butang ‘Show QR Code’
LANGKAH 3 : Enable butang eMadani untuk memastikan duit ditolak daripada eWallet MAE. Kalau butang tu dah hijau dan tertera baki RM100.00, maksudnya dah bolehlah guna!
LANGKAH 4 : Jika perlu, adjust limit pembayaran anda sebab mungkin ada yang terletak limit RM10 / RM50. Jadi tak dapat nak belanja sampai RM100 eMadani tu.
SELESAI! Lepas dah scan dekat merchant / kaunter kedai tu, bolehlah semak baki anda yang telah dibelanjakan.
Kredit RM100 ni perlu dihabiskan sebelum 29 Februari 2024 ya. Kalau tak pakai, kredit tu akan luput dan habis macam tu je.
Jom share supaya semua yang claim dengan MAE dapat manfaatkan eWallet ni sama-sama. Dapat juga bantu mudahkan warga emas atau ibu ayah kita yang mungkin tak berapa reti nak guna eWallet ni.
Terima kasih