Elak jadi mangsa penipuan ‘scammer’ tawar khidmat kredit eMADANI

0
Sumber : Bulletin Tv3
Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: 

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan (peer-to-peer) kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, ia bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.


Menurutnya lagi, MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan (peer-to-peer) atau penebusan tunai.


Pihak kerajaan katanya akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan dua situasi berkenaan.


Program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk pembayaran tanpa tunai.


Kredit eMADANI hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShoppePay dan Touch’nGo eWallet atau QR Duitnow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara.


Pendaftaran program eMADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024.


Ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak meliputi golongan B40 dan M40.


Untuk maklumat lanjut mengenai program eMADANI, layari https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI






Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!