Gambar : Portal Malaysia
Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp:
Cara Claim eMadani RM100 akan mula dibuka isnin ini iaitu 4 Disember 2024. eMadani RM100 ialah bantuan kredit e-tunai sebanyak RM100 sekali sahaja (one-off) meliputi golongan B40 dan M40 seramai 10 juta rakyat Malaysia.
Siapa yang layak mohon dan bagaimana cara eMadani RM100 ini boleh ditebus?
Cara Claim eMadani RM100
Pendaftaran kredit e-tunai eMadani RM100 dibuka bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.
Kredit eMadani boleh digunakan sehingga 29 Februari 2024.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
- Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.
Cara Mohon
- Buka salah satu aplikasi e-Dompet sama ada MAE, Setel, Shopeepay atau Touch’n Go eWallet
- Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
- Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘submit’
- Anda akan menerima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!
4 Penyedia Perkhidmatan e-Dompet Terlibat
Penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran sepanjang tempoh program ini.
Tempoh Pendaftaran dan Tuntutan
eMadani hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sehingga 29 Februari 2023.
Kod QR DuitNow
Kredit eMadani juga boleh dimanfaatkan melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini.
Sumner: Portal Malaysia
Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp:
Terima kasih