Bantuan Tunai RM100-RM350 Dikreditkan Setiap Bulan. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

0

Bantuan Tunai RM100-RM350 Dikreditkan Setiap Bulan. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan



Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024


Bantuan kewangan yang dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ini akan memberikan sedikit tunai tambahan untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Pihak kerajaan tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –


Bantuan Tunai Am RM350

Bantuan Am Negeri diperkenalkan dengan tujuan untuk diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan Am Persekutuan adalah minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.


Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di negeri-negeri berkaitan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Cara Memohon Bantuan

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Permohonnya boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan dan membawa dokumen-dokumen sokongan.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM DI SINI.


Cara Semakan Tarikh Menerima Bantuan

Pihak JKM tidak mengeluarkan jadual bulanan bagi tarikh bantuan disalurkan. Namun, penerima boleh lakukan semakan sendiri dengan aplikasi eMaklum yang disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut cara semakannya:

  1. Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
  2. Tekan ‘Carian Dokumen’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
  5. Masukkan nombor akaun bank anda
  6. Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
  7. Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
  8. Tekan butang ‘Cari’
  9. Maklumat pembayaran akan dipaparkan


Penafian

Laman sesawang ini bukanlah laman rasmi bagi sebarang jawatan atau permohonan bantuan yang dipaparkan. Kami hanya memaparkan maklumat untuk pengetahuan umum dan segala tindakan lanjut untuk memohon boleh dilakukan di link yang disediakan untuk ke laman sesawang asal.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!