Bantuan BMT RM800 telah mula dibayar secara berperingkat: Senarai penerima & cara semak


Bantuan BMT RM800 telah mula dibayar secara berperingkat: Senarai penerima & cara semak



Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024


Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –


Bantuan BMT RM800

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar BMT kepada RM800 berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.

Bantuan ini pada asasnya merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecila atau penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.


Syarat-syarat Kelayakan


Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat


Tarikh Pembayaran

Pembayaran BMT dibuat secara berperingkat selama empat bulan iaitu bermula pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 dengan kadar RM200 setiap bulan.

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan boleh dibuat – DI SINImanakala maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.