Mi Kari Ayam kos murah, makan pun bertambah

Video 

Kali Che Nom nak share resepi Mi Kari ayam. Biasa mee kari ada seafood fresh sekali kan, resepi ni memang tak ada letak seafood fresh. Dari segi kos, lebih murah dan banyak protein hasil pon sedap tak kurang punya. Yang penting pes tumisan tu kita kena buat betul-betul. Baru lah dapat kuah mi kari yang pekat, pedas, cukup rasa rempah dan wangi.

Mee kari ayam ni sesuai sangat untuk dimasak untuk menu harian sbb bahan pun tak terlalu banyak. Kita sempoi aja. Kadang-kadang tu jemu juga makan nasik kan.
Buat penggemar mi, jom lah cuba.

//Bahasa Melayu
------------------------
Bahan-bahan kuah kari:
1/3 cwn minyak masak
Rempah 4 sekawan 
1 tangkai daun kari
2 inci halia
2 inci lengkuas
1-2 batang serai
5 ulas bawang putih
4-5 biji bawang merah kecil
2 sb udang kering
1-2 liter air
4 sb serbuk kari daging
3 sb cili kisar
Sedikit air 
1/2 ekor ayam
1 biji kentang
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
1/2 santan kotak (krim santan)
Bebola ikan
Tauhu pok/tauhu puff
Bahan-bahan taburan:
Taugeh
Sawi
2-3 pek mee kuning (450g setiap satu)
Cili merah
Limau nipis

//English
------------------------
Curry ingredients:
1/3 cup cooking oil
4 type of spices
1 stalk curry leaves
2 inches ginger
2 inches galangal
1-2 sticks lemongrass 
5 cloves garlic
4-5 shallots
2 tbsp dried shrimp
1-2 liters water
4 tbsp meat curry powder
3 tbsp chili paste
A little bit of water
1/2 chicken
1 potato
1 tamarind slice
1 cube chicken stock
Salt to taste
1/2 boxed coconut milk (coconut cream)
Fish ball
Tofu pok/ puff tofu
Condiments ingredients:
Bean sprouts
Mustard greens
2-3 packs yellow noodles (450g each)
Red chillies
Lime

Sumber : Che Nom