Gulai Ikan Kembung Sedap Melambung

Info Resepi Masakan 2023

Video 

Jom tengok Che Nom nak masak gulai atau kari ikan kembung kali ni. Bahan-bahan cukup ringkas, tapi untuk masak kari yang sedap kita perlu bagi perhatian kepada cara memasak nya. Baru lah dapat sediakan kari yang sedap.

Kalau di sebelah utara, gulai sama je dengan kari. Sesetengah tempat pulak gulai tu yang kuah kuning kan? Cara masak ni sama mcm cara mak Che Nom. Kuah gulai kena pecah minyak dan warna pun sedikit kemerahan. Rasa pula mesti ada elemen pedas, rasa lemak berempah dan sedikit masam. Kalau makan dengan nasi dan ulam sambal belacan atau cicah dengan lempeng.. fuh cukup terangkat.

//Bahasa Melayu
------------------------
Bahan-bahan gulai ikan kembung:
1/2 cwn minyak masak
1/2 sb halba campur 
2 tangkai daun kari
3-4 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sb serbuk kari ikan
1 sb serbuk cili
Sedikit air
Air asam jawa
Garam secukup rasa
1kg ikan kembung
2-3 cwn santan cair
1 cwn santan pekat
2-3 biji tomato
Bendi

//English
------------------------
Mackerel curry ingredients:
1/2 cup cooking oil
1/2 tbsp mixed spices
2 stalk curry leaves
3-4 shallots
4 cloves garlic
1/2 inch ginger 
3 tbsp fish curry powder
1 tbsp chilli powder
A little water
Tamarind water
Salt to taste
1kg mackerel
2-3 cups light coconut milk
1 cup thick coconut milk
2-3 tomatoes
Okra

Sumber : Che Nom