STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Diterima

0

Telegram Rasmi 👆

Tarikh bayaran STR Fasa 4 ialah pada November 2023. Jumlah bayaran sumbangan tunai rahmah adalah antara RM200 -RM1,200 berbeza bagi setiap kategori.

Untuk semakan, data penerima adalah menggunakan maklumat penerima STR 2023 yang telah dikemaskini pada penghujung Mac yang lalu.

Bagi STR Fasa 4 kategori bujang tiada bayaran yang akan dilakukan.

Bayaran akhir sumbangan tunai rahmah untuk kategori bujang telah dibuat pada Jun 2023 dengan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023 kategori bujang adalah sebanyak RM350

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Bayaran akhir STR 2023 ini akan melibatkan tujuh kategori penerima dan had umur (tidak termasuk penerima str tambahan).

Kategori Penerima
dan Had Umur
Pendapatan
Bulanan
(RM)
Bil. AnakFasa 4
Nov-23
(RM)
Jumlah Keselurahan
Bayaran STR 2023
(RM)
Isi Rumah Tiada
Had Umur
≤ 2,50002001,000
1-26001,500
3-49002,000
≥ 512002,500
2,501-5,00000500
1-20650
3-43001,000
≥ 55001250
Warga Emasa Sebatang
Kara  ≥ 60 tahun
≤ 5,0000200600
Bujang 21-59 tahun≤ 2,50000350
Bujang OKU 19 -59 tahun≤ 2,50000350

Jumlah bayaran bagi penerima sumbangan tambahan bagi bayaran ke 5


Kategori Penerima
dan Had Umur
Pendapatan
Bulanan
(RM)
Bil. AnakBayaran 5
Nov-23
(RM)
Jumlah Keselurahan
Bayaran STR 2023
(RM)
* Isi Rumah Miskin Tegar
Tiada Had Umur
(Tambahan RM600)
≤ PGK Miskin
Tegar
RM1,169
0100600
1-2100600
3-4100600
≥ 5100600

* Tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM) Semakan Status Daftar e-Kasih

** Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas. 

Tarikh Bayaran
Tarikh pengkreditan bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 4 ke akaun penerima, bayaran akan dibuat pada November 2023 secara berperingkat seperti mana yang telah di maklumkan menerusi pembentangan belanjawan 2023 yang lalu.

STR FASA 4 Login & Semakan
Untuk login dan semakan STR Fasa 4, anda boleh buka aplikasi MySTR pada smartphone anda (sekiranya anda telah install aplikasi) atau untuk semakan melaui portal anda boleh ikuti langkah-langkah yang berikut :

Langkah 1 : Layari website rasmi LHDNM Hasil di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Langkah 2 : Cari bagian MySTR Log Masuk  
Langkah 3 : Pada ruangan kosong masukkan nombor MyKad (12 Digit tanpa tanda “-“_)
Langkah 4 : Tekan Butang Semak
Langkah 5 : Sila sahkan Kata Kunci Keselamatan
Langkah 6 : Masukkan password dan tekan log masuk

Kaedah Pembayaran
Untuk penerima sumbangan tunai rahmah fasa empat, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima sama seperti pembayaran STR Fasa 3. 

Manakala untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank, anda dikehendaki untuk hadir sendiri ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tuntutan pembayaran dengan mengemukakan kad pengenalan asal pemohon. 

Soalan Lazim F.A.Q
Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4 ?
Bayaran akan dibuat pada November 2023

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 4?
Jumlah bayaran RM200 – RM1,200 mengikut kategori

Jumlah bayaran STR Fasa 4 Kategori Bujang?
Tiada. Bayaran akhir untuk kategori bujang telah dibayar semasa pembayaran STR Fasa 3

Sumber : LHDN, BELANJAWAN 2023, FUH

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!