Ayam Popcorn Sambal Manis Sedap Tak Tipu

Info Resepi Masakan 2023

Video

Ayam popcorn sambal manis, hidangan yang mudah tapi gerenti sedap. Ketulan isi ayam yang bersalut tepung digoreng rangup, kemudian disalut pulak dengan kuah sambal yang pekat pedas dan manis. Kalau sesiapa yg kat rumah tu bhgn isi ayam tak berapa nk laku, boleh masak menu ni, confirm habis licin bila hidang. 

Nota: nak campur bahagian bertulang pun ok, janji potong kecil-kecil

/Bahasa Melayu
----------------------------------------------------------
Bahan-bahan kisar halus:
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
½ inci halia
1 ½ sudu besar cili kisar
Bahan-bahan ayam popcorn:
3-4 ketul dada ayam
Sedikit garam
¼ sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
1-2 cawan tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)

3-4 ketul dada ayam
Sedikit garam
¼ sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
1-2 cawan tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
Bahan-bahan lain:
1 cawan minyak masak
½ biji bawang besar
3 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
½ sudu besar sos tiram
1 biji tomato
10-15 biji cili padi
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa

Sumber : Che Nom