Tahniah! Datuk Dr Sheikh Muszaphar & isteri selamat timang anak ketujuh

0
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh iaitu seorang bayi lelaki comel di sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Berita baik itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di platform Instagram miliknya sebentar tadi dengan menyatakan bayi lelaki tersebut dalam keadaan sihat.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, dia bersyukur kerana proses melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram dipermudahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan selamat.

“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat,”tulisnya.

Beliau juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas kiriman doa mempermudahkan urusan isterinya melahirkan anak lelaki yang keempat ini.

“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa,”tulisnya dalam hantaran Instagram.

Alhamdulillah, tahniah! Selamat bepantang
Ramai mengucapkan ucapan tahniah  serta mendoakan agar bayi mereka menjadi anak soleh.

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar, Ohmymedia.cc
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!