Spaghetti Aglio Olio & Ayam Popcorn Korea, Idea jualan lunch box

0
Info Resepi Masakan 2023

Video 

Kali ni Che Nom nak share resepi yang kita boleh guna untuk buat jualan atau tempahan lunch box iaitu Spaghetti Aglio Olio dan Ayam Popcorn ala Korea. 

Untuk spaghetti Che Nom masak ikut kesesuaian bahan untuk yang nak berniaga, jadi taklah guna bahan mahal sangat, tapi tetap terbaik hasilnya. 

Ayam popcorn style korea pulak kita guna cara mudah aja.. tak perlu renyah angat pun bahan-bahannya nya tu serta kos pon berpatutan. 

Kombinasi menu yang sangat menarik untuk dicuba dan rasa pun sedap sgt.

Bahan-bahan ayam Korea popcorn:
500g isi ayam
3-4 sb tepung goreng serbaguna
1 sb serbuk kari
Air
1-2 cawan tepung goreng serbaguna
2 sb minyak masak
2 ulas bawang putih
2-3 sb cili kisar
2 sb kicap manis
3 sb sos tomato
2 sb gula
Sedikit air
Garam
Bijan

Bahan-bahan Spaghetti Aglio Olio:
Air
Garam
Brokoli
Air
2 sb garam
1 pek pasta
Minyak zaitun

3/4 cawan minyak zaitun
6 batang sosej 
7 ulas bawang putih
Cili kisar
1 cawan air rebus spaghetti
1 kiub pati ayam
Pasli daun rata @ pasli itali 
Pasli Inggeris
2 sk parsli kering
Origano kering
Herba campuran Itali
Garam 
1 cawan tomato
Lada benggala
Daun salad
Sedikit keju parmesan

Sumber : Che Nom
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!