Soto Ayam Istimewa | Adunan Rempah Yang Sedap dan Lengkap

Info Resepi Masakan 2023

Video 

Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom yang share resepi ni. Cara penyediaan tak susah sangat cuma memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan. Ternyata sedap dan memang tak jemu dimakan.

Kalau time raya atau open house boleh la dihidangkan Soto Ayam untuk tetamu istimewa anda. Soto Ayam juga harus dipadankan bersama Begedil.

Bahan-bahan untuk Kuah Soto:
1/4 ekor ayam
1 kiub pati ayam
1/2 mangkuk kecil santan
garam secukup rasa

Kisar halus:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 ketul kunyit hidup
2 batang serai

Bahan Rempah Tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1sudu besar jintam putih
1 sudu besar lada putih/lada sulah

Bahan-bahan cili kicap:
segenggam cili padi
4 ulas bawang putih
1 mangkuk kicap manis
jus perahan limau kasturi

Bahan-bahan hiasan dan taburan:
daun sup
cili merah
bawang goreng
suhun goreng
limau kasturi
taugeh
nasi impit/mee/bihun

Sumber : Che Nom