Sambal Tumis Udang, Pedas pekat terangkat!

Info Resepi Masakan 2023

Video 

Kali ni Che Nom nak masak sambal tumis udang sebab masa pergi pasar, udang besar-besar fresh pulak tu. Terus teringin nak makan sambal tumis. Kepada sesiapa yang baru nak belajar masak sambal tumis udang kegemaran Che Nom, boleh ikut cara ni. 

Udang kita goreng dulu separuh masak, dan kemudian kita tumis sambal guna minyak gorengan udang. Memang terangkat rasa sambal tumis udang bila dimasak macam ni. 

Che Nom masak kuah jenis yang pekat bersalut kali ni. Boleh lah cuba ye.

Bahan-bahan sambal tumis udang:
1/2 kilo udang
Sedikit garam
1/2 cwn minyak masak 
3 biji bawang merah besar 
5 ulas bawang putih
4-5 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia
10-15 tangkai cili kering
Sedikit air
2 sb sos tiram
3 sb sos cili
Sedikit air asam jawa
1 sb gula merah @ gula perang
Garam secukup rasa

Sumber : Che Nom