Ramai Tak Tahu Cuti Sakit Atau MC Boleh Claim Duit Dekat Perkeso

0

Telegram Rasmi 👆

Cara Claim Duit Bantuan Perkeso untuk sesiapa yang dapat MC atau Cuti Sakit

Tahukah anda, pencarum PERKESO yang layak, boleh membuat tuntutan seperti berikut:

- 80 peratus daripada gaji harian anda. 

- Maksimum boleh claim sehingga RM105.33 sehari. 

Syarat Buat Tuntutan PERKESO Jika MC atau Cuti Sakit
Adakah anda merupakan pekerja atau pencarum PERKESO?

Tahukah anda, selain daripada tuntutan PERKESO sekiranya berlaku kemalangan, sebenarnya anda juga boleh buat tuntutan bayaran sekiranya anda mendapat cuti sakit atau Medical Certicate (MC).

Di bawah PERKESO ada Skim bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme).

Dengan adanya skim ini lah yang membolehkan pekerja buat tuntutan duit dari PERKESO untuk pelbagai situasi. 

SITUASI TUNTUTAN SKIM BENCANA PEKERJAAN :
Skim Bencana Pekerjaan membolehkan pekerja membuat tuntutan bagi situasi berikut:

- Diberhentikan kerja (atas sebab-sebab yang ditetapkan)

- Meninggal dunia (waris akan menerima jumlah tuntutan)

- Kemalangan atau MC (Cuti Sakit)


Jenis Kemalangan Yang Boleh Dituntut
- Dengan Skim Bencana Pekerjaan, pekerja layak untuk membuat tuntutan bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan bagi situasi berikut:

- Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya.

- Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya. 

- Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan. 

- Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.

- Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

MC Yang Boleh Dituntut (Hilang Upaya Sementara) PERKESO
Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan.

Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.


Lain-lain Tuntutan PERKESO
Selain MC dan kemalangan, pencarum juga boleh membuat tuntutan berikut:

Borang Butiran Notis Dan Tuntutan Faedah – Borang 34

Hubungi PERKESO melalui saluran berikut:

Email: eis@perkeso.gov.my
Hotline: 1 300 22 8000
Alamat: Employment Insurance System Office, Level 15, Wisma PERKESO, No. 155 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!