Permohonan Bantuan Am RM350 Khas Untuk Golongan B40 Tahun 2023

Telegram Rasmi 👆

Bermula Disember ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan Bantuan Am Persekutuan khas sehingga RM350 sebulan.

Bantuan Am Persekutuan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian individu/ keluarga yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan
- Minimum- RM100
- Maksimum- RM350

Syarat Kelayakan
- Pemohon seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.
- Tergolong daripada yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Cara Mohon
- Sila layari laman web JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my atau muat turun borang permohonan.
- Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
- Daftar permohonan mengikut negeri.
- Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan.

Borang Permohonan

Dokumen Sokongan
Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
- Salinan kad pengenalan / mykid / sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja
- Salinan kad OKU/ Slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU)
- Salinan sijil kematian/ penceraian (jika berkaitan)
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan
- Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon, DLL.
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.