Nugget Nasi, cuti sekolah anak pasti suka

Info Resepi Masakan 2023

Video

Cuti sekolah, Che Nom nak share resepi nugget nasi. Walaupun namanya nugget nasi kita boleh campur macam-macam seperti isi ayam atau isi sefood dan juga sayur, jadi ianya lebih sihat. Kandungan garam dgn perasa pon boleh di kawal.

Lepas adun dan bentuk, kita salut pula dengan serbuk roti. Bila goreng nanti akan terhasil textur yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Nasi yang dah tak tau nak buat apa kalau ada lebih tu, jom buat nugget. Sesiapa nak buat sebagai snek petang untuk anak-anak nak mengunyah memang sangat sesuai. 
Yang bagusnya boleh simpan frozen.

Bahan-bahan
2 cawan nasi
2-3 ketul / 300g isi ayam
1/2 batang carrot
2 ulas bawang putih
Daun bawang
1 sk serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji telur
3 sb tepung jagung
Serbuk roti
Secubit garam
1-2 biji telur(salut)

Sumber. Che Nom