Nasi Lemak Bungkus Confirm BORONG Semua! - Info Resepi

Info Resepi Masakan 2023

Video

Hi semua, untuk kali ni Che nom sediakan nasi lemak bungkus…sebab rindu nk balik kampung ..jadi kena lah buatlah sendiri kat rumah. Kat kampung Che nom memang banyak dijual nasik lemak bungkus kecil-kecil untuk sarapan pagi..memang best sangat. Makan pulak dengan kopi O atau teh O..sedap tak terkata. Cara masak nasi lemak kali ni lebih ringkas, tapi tetap sedap. Sambal tumis pulak memang padu..pekat, pedas, masam, manis semua cukup rasa. Sebungkus mmg tak cukup ni.

Bahan-bahan untuk kisar halus (sambal) :
1 ½ biji bawang besar
4-5 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
½ inci halia
25-35 biji cili kering
½ inci belacan
½ cawan ikan bilis
sedikit air

Bahan-bahan lain untuk sambal tumis :
½ - 1 cawan minyak masak
½ biji bawang besar
air asam jawa
gula melaka
½ - 1 biji bawang holland
1 helai daun pandan
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk nasi lemak :
1 biji bawang merah kecil
1 inci halia
3 cawan beras
4 ½ cawan (santan + air)
1 helai daun pandan
½ sudu kecil halba (optional)
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hidang :
kacang tanah goreng
ikan bilis
telur rebus
telur goreng
timun

Sumber : Che Nom