Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar - Info Resepi

Info Resepi Masakan 2023

Video 

Kali ni kita tgk cara masak Nasi Arab Kabsah Ayam, style Chef Ammar yang masak dari hati & masak with iman. 

Apa yang bezanya kabsah dengan nasi mandy, untuk kabsah resepi ni campuran rempah memang berbeza sikit, ada letak tomato puree…jadi warna tu sedikit oren lah…dan masakan ayam pun sedikit pedas sebab kita tumis sekali dengan cili …dan ayam tu pulak kita masak sekali dengan nasi… dan dihidang dengan sos harrah dan juga salad.

Bahan-bahan untuk nasi kabsah :
¼ cawan minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 ulas bawang putih
½ biji bawang holland
2 tangkai cili hijau
1 ikat daun ketumbar
1 sudu besar pes tomato paste ATAU 2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar rempah kabsah
1 ½ ekor ayam
4 cawan beras
6 cawan air
Pewarna oren atau saffron (pilihan)
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
Hirisan badam atau gajus (pilihan)
Kismis

Bahan-bahan untuk rempah kabsah :
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
6 biji pelaga
½ sudu besar cengkih
1 sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk kunyit

Bahan-bahan untuk salad :
1 batang timun
1 biji tomato
½ biji bawang holland
Daun ketumbar
Serbuk lada hitam
Gula
Garam
Jus lemon

Bahan-bahan untuk sos harrah :
8 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
1 biji tomato
Daun ketumbar
Jus lemon
Gula 
Garam

Sumber :  Che Nom