Maggi Kari Sup Pedas, Sedap Kaw-Kaw

Info Resepi Masakan 2023

Video 

Kali ni Che Nom nak share resepi maggi berkuah kari versi tumis yang meriah dengan segala bahan yang ada di dapur. Kalau time hujan ke..atau tgh santai-santai kat rumah dah bosan tak tahu nak masak apa, memang layan kalau masak megi kari ni. Kalau masak kat rumah kita boleh letak apa-apa saja bahan yg kita suka. 

Che Nom kongsi cara macam mana CN olah meggi kari ni dari bahan asal supaya lebih pekat dan lebih sedap rasa maggi kari nya. Dengan telur separuh masuk yg kita sediakan bersama kuah kari tu..mantap betul bila hidang.

Jenama & Jenis Pisau: Berlinger Haus, 20cm Chef Knife
Sumber pembelian : Shopee atau Lazada
Anggaran Makan: 3-4 orang

Bahan-bahan:
3 bungkus mee segera kari
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah kecil
Sayur sawi
1/2 batang karot
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
6-8 ekor udang
3 ekor sotong
5-6 cawan air
6-8 tangkai cili padi
1 biji tomato
Limau nipis

Sumber : Che Nom