Kuetiau Kerang Ala Pasar Malam & Cili Jeruk

0
Info Resepi Masakan 2023

video 

Kali ni Che Nom nak masak hidangan yang mudah tapi sedap sangat. Menu yang wajib ada di pasar malam, iaitu kuetiau kerang goreng, atau char kue tiau kerang ala2 chinese style pun ada juga .Kerang rebus memang sedap sangat kalau kita goreng dengan kuey teow, dan rahsia kesedapan nya ialah, masakan ni perlu digoreng atas api yang besar, dan masak dengan cepat. Baru lah da rasa char tu. Satu lagi, kita perlu gunakan stok rebusan. Dalam video ni Che Nom guna stok rebusan kerang, boleh juga ganti dengan stok rebusan udang. Tabur pulak dengan sayur taugeh dan kuchai, memang pelengkap rasa. 

Che Nom share juga di sini cara untuk buat cili jeruk yg mudah dan tahan lama. Cili jeruk yg masam, pedas dan rangup tu memang kombinasi yang terbaik untuk dihidangkan bersama kuetiau Kerang. 

Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
10 biji bebola ikan
1-2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar air rebusan kerang
2 pek kuetiau
3-4 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar sos pekat karamel
2-3 sudu besar kicap manis
Taugeh
1/2 mangkuk kerang rebus
Tambah sedikit air rebusan kerang
3 biji telur
Sedikit minyak
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Sayur kucai
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk cili jeruk :
8-10 biji cili besar hijau
2 sudu besar gula
¾ sudu besar garam
Cuka makan

Sumber : Che Nom
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!