Kalendar 2023 : Senarai Cuti Umum Malaysia Dan Cuti Sekolah

Telegram Rasmi 👆

Setiap kali munculnya tahun baru, orang ramai pasti ingin mengetahui takwim perjalanan tahun tersebut bagi melihat tarikh-tarikh penting seperti cuti sekolah, cuti perayaan dan sebagainya. Antara kalendar yang kerap menjadi rujukan sejak dari dahulu adalah kalendar kuda berikutan informasinya yang lengkap seperti tarikh kalendar tahun Islam dan juga kalendar tahun Cina.

Melalui kalendar ini, orang ramai bolehlah merancang aktiviti sepanjang tahun mereka seperti perancangan percutian khususnya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, dapatlah menggunakan masa cuti sekolah dengan sebaik mungkin dengan meluangkan masa bersama keluarga. Untuk yang bakal mendirikan rumah tangga atau mengadakan majlis kenduri juga boleh berbuat demikian

Berikut dipaparkan maklumat senarai perincian bagi Kalendar 2023 yang turut memaparkan cuti umum, cuti bagi setiap negeri di Malaysia, cuti penggal persekolahan, termasuklah Hari Kelepasan Am Persekutuan dan juga Hari Kelepasan Am Negeri bagi tahun 2023 yang rasmi sepertimana yang diterbitkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Kalendar Kuda 2023 Senarai Cuti Umum Malaysia Dan Setiap Negeri 
Untuk perhatian semua, berikut dikategorikan senarai perincian jadual cuti mengikut susunan bulan agar ianya dapat membantu memudahkan orang ramai untuk membuat semakan mengenai tarikh-tarikh penting  dan kalendar cuti sepanjang tahun 2023. 

Petunjuk Warna :

Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
*Tarikh awal Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sebarang pindaan rasmi terhadap tarikh cuti akan dikemaskini dengan kadar segera. Perubahan setiap tarikh cuti bagi negeri yang berkenaan adalah berdasarkan pengumuman rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri dihebahkan di Portal Rasmi.

Jadual Cuti Panjang Tahun 2023 
Berikut adalah jadual cuti panjang bagi tahun 2023 yang telah dikumpulkan oleh MYSumber untuk kemudahan orang ramai berdasarkan Kalender Cuti Umum untuk tahun 2023

Jadual Cuti Sekolah Dan Penggal Persekolahan 2023 
Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan perincian takwim jadual rasmi penggal persekolahan bagi sesi tahun 2023 menerusi portal rasmi atau laman web KPM, www.moe.gov.my 

Takwim sesi persekolahan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia untuk maklumat semua. 

Kumpulan A | Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B | Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
Cuti Perayaan Tahun 2023 TERKINI: KPM isytihar 19 April 2023 (Rabu) sebagai cuti khas sempena musim perayaan