Inisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP Akaun 1

Telegram Rasmi 👆

Belanjawan 2023 : Inisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Inisiatif Tambahan RM500
Ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju akan memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 (Akaun 1) kepada ahli yang layak.

Ia melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli berumur antara 40 hingga 54 tahun yang akan diberi tambahan dalam akaun 1.


Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

- Warganegara Malaysia
- Berumur 40 hingga 54 tahun
- Simpanan KWSP kurang daripada RM10,000

Semakan Baki KWSP
Untuk mengetahui jumlah baki simpanan KWSP anda, semakan boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu;

- Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
- Semakan melalui kiosk KWSP
- Secara online melalui i-Akaun

Semakan secara online boleh dilakukan melalui portal i-Akaun (ahli) – https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member