Hasrat seorang ibu menanti kelahiran cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila janin dikandungkan selama 30 minggu satu hari disahkan meninggal dunia.
Khabar duka tersebut dikongsikan oleh seorang wanita dikenali Puan Sarah Rehat menerusi hantaran di platform Facebook miliknya pada Jumaat lalu.
Tiada degupan jantung, anak disahkan ‘meninggal’ dalam rahim
Puan Sarah berkata, punca kematian anaknya adalah intrauterine death (kematian dalam rahim) dan disahkan oleh doktor pakar selepas datang membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta pada Rabu, 4 Julai 2023.
Pun begitu, Puan Sarah menyatakan hasil pemeriksaan mendapati bayi dalam kandungannya tidak mempunyai masalah termasuklah keputusan X-Ray.
“4.7.23 pukul 8 pagi pergi klinik swasta membuat pemeriksaan jantung. Doktor cakap dah tiada degupan jantung.
“Terus pergi hantar ke doktor pakar dan sahkan memang tiada degupan jantung (emoji sedih, menangis),”luahnya.
Mama akan rindu adik…dapat lihat sekejap
Cerita Puan Sarah lagi, dia terus dimasukkan ke dalam wad dan diberi ubat pada waktu tengahari sebelum berdepan dengan kontraksi sangat kuat.
“Waktu ini pukul 4 petang. Selepas masuk ubat kali kedua, sakit datang selang seminit dua sekali. Kontraksi sangat kuat selepas ubat kedua dimasukkan pada jam 1.15 tengah hari
Keesokan harinya, doktor memberikan ubat untuk menghentikan susu daripada mengalir keluar memandangkan tiada bayi lain untuk disusukan.
“Sebelum discaj, nurse kasi ubat berhenti susu dulu. Nurse ada tanya juga, ada nak susukan baby lain, kenalan ke? Mama (Puan Sarah) cakap tiada, terus makan sebab takut bengkak susu,”kongsinya.
Kakak menangis nampak jasad kaku adik
Apa yang lebih menyentuh perasaan ramai apabila Puan Sarah berkongsi beberapa foto dan video sewaktu mengambil jasad bayi lelakinya ditemukan bersama anak-anaknya yang lain.
Dalam sebuah hantaran video, anak perempuan Puan Sarah kelihatan sedih dan menangis sebaik sahaja melihat jasad adiknya, kemudiannya di bawa pulang ke rumah bagi urusan pengebumian jenazah.
Cium buat kali terakhir, kita jumpa di sana adik…
Meskipun sedih, namun Puan Sarah dan suaminya meluahkan rasa syukur kerana urusan pengebumian anak bongsunya dipermudahkan selain dapat menghadiahkan kucupan terakhir buat anak syurganya.
“Mama dan papa redha dengan ketentuan Ilahi. Moga kami diberi kekuatan dan ketabahan untuk hadapi ujian ini.
“InshaAllah Ayden Noah kini berada di tempat paling baik di sisi Allah. Ayden Noah sedang bermain-main di syurga. Tariklah kami semua nanti adik,”katanya lagi.
Terima kasih