Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang ibu yang menganut agama Kristian terkejut anak lelakinya gemar untuk mendengar alunan azan ketika dibuka dalam telefon bimbit.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh mamiyzio di laman TikToknya, anak lelakinya akan menangis setiap kali laungan azan ditutup dalam telefon yang didengarinya.
@mamiyzio Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya🥹😀 #masyaallahtabarakkallah ♬ suara asli - Mamidanzio
Dalam video itu, dia bertanya kepada anaknya mengapa gemar mendengar laungan azan sedangkan mereka bukan beragama Islam.
“Kenapa adik suka mendengar Allahuakbar? Suka dengar azan?
“Kita Kristian dik, adakah aku perlu sedih atau bangga?,” katanya menerusi kapsyen yang ditulis di video berkenaan.
Sehingga kini, video tersebut telah berjaya meraih lebih 24.8 juta tontonan dan mendapat lebih 1.2 juta tanda suka daripada netizn selepas enam hari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Alhamdulilah, hidayah milik Allah
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap tindakan kanak-kanak baik tersebut.
Sumber: TikTok @mamiyzio, Borak Daily
Terima kasih