Ibu bapa bayi lemas ratapi kehilangan anak - Info Malaysia

0
IBU kepada bayi yang lemas ditenangkan ketika kejadian. FOTO Facebook Info Berita Semasa

Alor Setar: Pasangan suami isteri yang kehilangan bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan akibat lemas di Sungai Ketil, Lubok Pedati, Baling semalam masih bersedih dengan kejadian yang menimpa anak mereka. 

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, buat sementara waktu ini, ibu bapa bayi itu belum bersedia memberi sebarang kenyataan kepada media kerana masih bersedih dengan kejadian itu.

"Apa yang dilaporkan media semalam, itu yang berlaku. Apapun arwah sangat baik," katanya di sini hari ini.

Jenazah bayi itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk tujuan bedah siasat.


Difahamkan, datuk dan nenek bayi itu serta ahli keluarga turut berada di situ.

Dalam kejadian 11.50 pagi semalam, bayi lelaki terbabit, Adryan Mikhail Muhammad Afiq ditemukan lemas selepas terjatuh ketika menaiki pelampung ditemani bapanya.

Mangsa dipercayai terlepas dari pegangan bapanya sebelum dihanyutkan air sungai hingga ke Kampung Sungai Limau.

Sumber : Harian Metro
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!