eTunai Belia Rahmah RM200 Cara Daftar eWallet & Tebus Kredit

0

Telegram Rasmi 👆

Pengenalan e-Tunai ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang telah diumumkan pada Belanjawan 2020 yang lalu. Ianya bertujuan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet serta pembayaran secara digital dalam kalangan pengguna dan juga para pedagang tempatan terutama sekali perusahaan kecil dan perniagaan runcit. Ini sekaligus dapat mengurangkan halangan akses kepada teknologi digital dan membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara dengan masyarakat dan ekonomi digital yang maju

Khazanah Nasional Berhad telah dipilih untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif ini dengan kerjasama bersama Jabatan Pendaftaran Negara serta Lembaga Hasil Dalam Negeri. (LHDN) Ini bagi memastikan program dapat dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi pengguna. Justeru Khazanah bertanggungjawab dalam pemilihan pengendali perkhidmatan e-dompet iaitu platform yang telah sedia ada di Malaysia yang sesuai untuk digunapakai. 

Pada 20 Disember 2019, Khazanah telah mengumumkan tiga pengendali perkhidmatan e-dompet yang telah dipilih bagi program e-Tunai ini. Ianya adalah Boost, Grabpay dan Touch ‘n Go eWallet. Pemilihan telah dibuat berdasarkan jumlah pengguna aktif yang besar, jumlah pedagang yang banyak bagi memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna, kepakaran teknikal dan kekuatan struktur kewangan serta sumber manusia platform untuk menampung jumlah transaksi yang besar dalam masa singkat, dan juga e-dompet yang telah melabur secara signifikan dalam servis yang ditawarkan di Malaysia. 

Cara Daftar e-Wallet dan Tebus RM200 eTunai Belia Rahmah Kredit Percuma Daripada Kerajaan 

eTunai Belia Rahmah 2023 
TERKINI: eBELIARAHMAH boleh daftar dan tebus mulai 26 Jun 2023 
- Bermula, 26 Jun 2023
- Tamat 26 Ogos 2023

Terbuka untuk:

- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa IPT 

Menerusi: 
- Boost 
- Setel 
- Touch ‘n Go eWallet 

KEMASKINI: Kerajaan mengumumkan dalam Bajet 2023 inisiatif e-Tunai Belia Rahmah bagi tahun 2023 seperti berikut:

eTunai (Belia) Rahmah 
- Jumlah : RM 200  
- Penerima: 
i. Telah diperluaskan kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun 
- Tarikh Bayaran : bermula pada bulan Jun 2023


eBELIARAHMAH 2023 
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan perincian mengenai pemberian kredit e-dompet untuk belia seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 yang dikenali sebagai eBELIARAHMAH di dalam Siaran Media seperti berikut:



Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk menebus kredit ebelia rahmah beserta syarat kelayakan dan maklumat lain yang berkaitan: 

Jumlah Kredit 
- RM200
- Dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’

*Penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini. 

Tarikh Program eBeliaRahmah 

Pendaftaran
- Mulai: 26 Jun 2023 
- Tamat: 22 Ogos 2023 

Penebusan
- Mulai: 26 Jun 2023 
- Tamat: 31 Ogos 2023

Pengguna boleh menebus kredit e-dompet sebanyak bermula tarikh di atas. Kredit tersebut pula boleh dibelanjakan sehingga 31 Ogos 2023. 

Pengguna perlu membeli barangan/perkhidmatan yang tersedia melalui e-dompet pilihan sepanjang tempoh lebih kurang dua bulan tersebut sahaja. Ianya boleh dibelanjakan secara ‘offline’ mahupun di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran menerusi kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Syarat Kelayakan 
Penerima mestilah mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti berikut: 

- Warganegara Malaysia; dan
- Telah mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (iaitu lahir pada tahun 2003 sehingga 2005) ATAU 
- Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi IPT di Malaysia

Cara Menebus Kredit 
- Muat turun salah satu aplikasi e-dompet ke telefon bimbit seperti dikongsikan di bawah
- Untuk pengguna baharu atau sedia ada, sila ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara electronic Know-Your-Customer (eKYC) 
- Di aplikasi e-dompet pilihan pemohon, masukkan maklumat yang diperlukan untuk paparan tuntutan eBeliaRahmah dan tekan ‘Hantar’ 
- Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari

Nota: Penerima layak menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 aplikasi sahaja. Sila rujuk pada aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut penebusan kredit eBeliaRahmah

Soalan Lazim 

Aplikasi eBeliaRahmah
Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi e-dompet (e-wallet) di bawah eBeliaRahmah: 

1. Boost 
- Google Play Store : Android
- Apple App Store :  iOS 


2. Touch ‘n Go eWallet
- Google Play Store : Android
- Apple App Store :  iOS 


3. Setel
- Google Play Store : Android
- Apple App Store :  iOS 
- Info Lanjut : https://www.setel.com/


Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!