e-Semakan CBP | Semak Penyata & Dividen Co-opBank Pertama


Co-opBank Pertama (CBP) mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata peningkatan jumlah bayaran itu berbanding RM58.94 juta pada 2021, akan memberi manfaat kepada 91,133 anggota CBP yang layak.

“Jumlah syer keseluruhan CBP adalah RM985.43 juta setakat 31 Dis 2022,” katanya dalam kenyataan bertarikh 6 Julai 2023.

Semakan Dividen CBP 2023 Co-opBank Pertama
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembayaran dividen bagi syer biasa dan syer keutamaan (iRCPS) CBP bagi tahun kewangan berakhir 2022 seperti yang dimohon.

Kadar dividen bersih bagi tahun 2022 adalah sebanyak 6.88 peratus bagi syer iRCPS dan 6.30 peratus bagi syer biasa dan ini juga adalah setanding dengan jumlah dividen yang dibayar oleh dana pelaburan lain di Malaysia.

Cara Pengeluaran Dividen CBP
Pengeluaran dividen secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web e-Semakan CBP bermula 7 Julai 2023 di https://dividen.cbp.com.my.

Manakala penyata dividen boleh disemak mulai 11 Julai 2023.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.43 juta iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun 2021 yang berjumlah RM86.14 juta, didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh pengurusan CBP.

Soalan Lazim
Berikut dikongsikan soalan lazim (FAQ) berhubung pembayaran dividen 2022 oleh pihak CBP untuk makluman semua anggota terlibat.