“Cucu baru atuk ni” -Terubat kerinduan, Raissuddin bahagia temui kanak2 mirip arwah anak

0

Penyanyi dan pelakon era 80-an, Raissuddin Hamzah dilihat tersenyum bahagia apabila bertemu  kanak-kanak yang wajahnya mirip dengan allahyarham anak tersayang iaitu Siti Sarah Raissuddin selepas menempuh perjalanan hampir 7 jam.

Jumpa cucu baru
Menerusi Instagram beliau, Raissuddin menulis kapsyen ringkas dengan mengatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Miza sebagai cucu barunya.

Tersenyum bahagia
Beliau juga terlihat bahagia sekali apabila tersenyum melihat kanak-kanak tersebut yang tular selepas ada ahli keluarganya memuat naik video di TikTok baru-baru ini.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan isterinya, Siti Fatimah Saberi, akhirnya kerinduan terhadap allahyarham Siti Sarah sedikit terubat selepas melihat adik Miza yang dipercayai ditemui di negeri Kedah.

Dalam pada itu, ahli keluarga adik Miza turut memuat naik momen pertemuan mereka dan memuji anak sulung arwah yang cukup ramah walaupun baru pertama kali berjumpa.
@atyra.am__ uwais ni comel and peramah gile ❤️ #fyp #pageforyou ♬ bunyi asal - Atyra.AM__

Jarang2 tengok atuk senyum
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang perasan wajah Raissuddin begitu bahagia lebih-lebih lagi apabila tersenyum lebar melihat adik Miza.

Mereka juga mengatakan jarang melihat selebriti itu tersenyum sebegitu dan berharap agar hubungan antara mereka berterusan sampai bila-bila.

Sumber : Ohmymedia.cc
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!