Crispy Garlic Butter Prawn - Info Resepi

Info Resepi Masakan 2023

Video 

Kali ni jom kita masak resepi udang yang simple dan memang sedap kalau makan dengan nasi panas atau pun meratah macam tu aja. Udang laut segar, Che Nom salut dengan tepung dan goreng garing. Kena pastikan bahagian isi udang tak terlebih masak, dan lembut lagi. 

Kemudian kita masak udang dan dengan minyak butter, gaul dengan serbuk cili kasar dan juga yang paling penting sekali crispy garlic tu. Itu yang buat kan special rasanya bila kita makan udang, rasa pedas dan garing nya kulit luar tu sampai kita boleh gigit boleh makan ditambah pula rangup daripada crispy garlic.

Bahan-bahan:
20 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Daun bawang
2 biji cili merah
500g udang
1/3 cawan tepung jagung
Minyak masak
3 sb mentega
2 sb sos tiram
2 sb serbuk cili kasar
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
1/2 sb gula

Sumber : Che Nom