Bubur Ayam ala McD dan Homemade Garlic Oil - Info Resepi

Info Resepi Masakan 2023

Video 

Jom tengok kali ni Che Nom nak sediakan Bubur ayam ala MCD. Bahan-bahannya tak lah banyak sangat, dan cara nak masak pun mudah aja. Mulamila kita sediakan bahan-bahan asas dulu, sama ada untuk rebusan atau untuk hidangan nanti. Kemudian Che Nom rebus isi ayam sampai masak. Air rebusan tu kita guna pulak untuk masak bubur nasi.

Konsep bubur ayam ni simple tapi sedap. Che Nom kongsi juga cara untuk buat bawang goreng home made, dan yang special sekali minyak bawang putih yang memang sedap sangat kalau kita makan bersama dengan bubur ayam ni. Tak rugi kalau siapa yang mencuba.

Bahan-bahan untuk bubur ayam :
2 keping isi ayam
3-4 keping hirisan halia
Batang daun bawang
1-2 sudu besar stok pati ayam
4-5 cawan air
1 cawan beras
Sedikit garam

Bahan-bahan taburan :
1-2 biji cili merah
Daun bawang
Serbuk lada putih
Minyak bijan
Bawang goreng

Bahan-bahan untuk minyak bawang putih :
1 cawan bawang putih
1 ½ cawan minyak masak

Sumber : Che Nom