Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 – Cara Mohon & Semak Status


Bantuan ini dilaksanakan melalui pelbagai kementerian atau jabatan di peringkat persekutuan atau negeri mengikut mandat dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya ialah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Maklumat lanjut tentang bantuan ini dikongsikan di sini.

Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada veteran ATM bagi meringankan bebanan kehidupan seharian.

Setiap permohonan yang diluluskan adalah sah selama 3 tahun dari bulan pertama pembayaran pertama. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun bagi memastikan Veteran ATM atau penerima BSH masih layak untuk diteruskan pembayaran atau sebaliknya.

Veteran ATM mempunyai masa sehingga 6 bulan sebelum tamat tempoh 3 tahun untuk mengemukakan permohonan melanjutkan pembayaran BSH mereka.

Kriteria & Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan ini :

- Veteran ATM (tanpa mengira tempoh perkhidmatan)
- Bekas Anggota Tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura, termasuk Renjer di Sarawak
- Bekas anggota Skuad ke-136, bekas askar Orang Asli yang dikerahkan sepenuh masa
- Had umur layak mendapat pertimbangan BSH ialah 60 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Tidak dipecat kerana tindakan tatatertib.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Anak yatim piatu mesti berumur di bawah 18 tahun atau, jika masih belajar, tidak melebihi 21 tahun. Jika hilang upaya kekal, tiada syarat had umur.
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk pemberian BSH.

Kadar Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM300 sebulan.

Cara Permohonan
Berikut ialah cara memohon:

- Muat turun dan lengkapkan borang berikut: Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK. : KLIK SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN
- Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon atau warisnya.
- Segala maklumat dan butiran yang diberikan mestilah tepat, betul dan benar. Pemohon bertanggungjawab ke atas semua maklumat yang diberikan.
- Semua permohonan hendaklah dimajukan melalui pejabat JHEV cawangan negeri berdasarkan negeri kediaman veteran.
- Permohonan tersebut akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
- Anda boleh menyemak status permohonan anda di: Sistem Semakan Permohonan Manfaat JHEV – Semak Status Permohonan Anda Di Sini

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh menghubungi kakitangan di ibu pejabat JHEV dan cawangan negeri atau hubungi 03-2050 8000