Bantuan Khas KWSP RM480 Untuk Pencarum

0
Telegram Rasmi 👆

Permohonan bantuan i-Suri KWSP merupakan bantuan yang diberikan kepada suri rumah, balu dan juga ibu tunggal yang mana akan menerima insentif RM480 setahun. Ia khusus untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Di bawah merupakan maklumat lanjut yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan bantuan i-Suri KWSP ini. Anda juga boleh layari laman web Malaysia untuk mengetahui berita-berita semasa dan permohonan-permohonan terkini.

Syarat Dan Cara Permohonan i-Suri

Program i-Suri ditubuhkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.


Nampaknya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui manfaat yang ditawarkan program ini walaupun telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu.


Faedah i-Suri

Berikut dinyatakan senarai bantuan yang akan diterima oleh penerima i-Suri:

- Menerima sumbangan kerajaan sejumlah RM480 /setahun bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
- Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
- Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
- Bantuan hilang upaya.
- Pengeluaran simpanan.
- Insentif kerajaan.

*Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Syarat-syarat Kelayakan

- Warganegara Malaysia. 
- Belum mencapai usia 60 tahun. 
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR). 
- Golongan suri rumah yang sudah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih). 
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Siapa yang boleh mencarum

- Suami bagi pasangan yang layak.
- Diri sendiri (isteri).

Langkah Permohonan

Berikut dikongsikan langkah untuk melakukan permohon bantuan i-Suri:

Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.

Borang i-Suri KWSP 16G (M) – Untuk pendaftaran kali pertama.
Borang i-Suri KWSP 6A (2) – Untuk semasa pembayaran.

Penyertaan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan atau kios KWSP berhampiran dengan membawa MyKad anda jika berkelayakan dan berminat untuk menyertai i-Suri. Pembayaran caruman boleh dibuat dengan beberapa cara seperti yang ditetapkan oleh pihak KWSP seperti di bawah:

Kaunter ejen bank
- Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.

Ejen bank berdaftar
- Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.

Kaunter KWSP
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
Perbankan internet (atas talian)
- Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.

Sila rujuk maklumat dan gambar di bawah untuk maklumat lanjut:

Bagi sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!