Bantuan Kahwin B40 2023 : Untuk Pasangan Baru Berkahwin

0
Telegram Rasmi 👆

Bantuan Kahwin B40 2023 untuk bantu perkahwinan dikalangan pasangan baru dan orang bujang di Malaysia.

Satu Malaysia sekarang ini terutamanya dikalangan golongan bujang di Malaysia bagi berhadapan dengan situasi proses dan kos perkahwinan melambung tinggi sekarang ini.

Masakan tidak, masing masing dihimpit dengan trend mas kahwin yang diletakkan untuk berkahwin dilihat tidak munasabah.

Sudahlah mas kahwin tinggi, majlis perkahwinan pula mesti dilihat grand dan mewah oleh kalangan ibu bapa, dan masyarakat. Akhirnya anak anak muda baru merancang nak berkahwin terhimpit dengan tertekan dengan situasi yang sudah pun menjadi kebiasaan selama ini.

Bantuan Kahwin B40 2023
Melihatkan situasi ini, setiap agensi kerajaan negeri sekarang ini mahu melaksanakan beberapa siri program dan skim bantuan perkahwinan b40 yang boleh membantu golongan bujang b40 berkahwin dengan lebih mudah dan lancar tanpa terhimpit dengan bebanan kewangan selepas kahwin.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Majlis Agama Wilayah Persekutuan melancarkan apa yang dikenali dengan satu bantuan yang membantu anda semua yang mahu berkahwin dan mendirikan rumah tangga masing-masing terutamanya golongan asnaf yang berkelayakan.

Download borang permohonan bantuan perkahwinan baitulmal di link pautan ini, https://www.maiwp.gov.my

Kelantan
Bagi mengelakkan rakyat negeri kelantan terkesan dengan beban kewangan untuk berkahwin, satu skim program antuan Gerbang Az Ziwaaj telah pun dilancarkan.
Kepada yang berminat untuk memohon, borang permohonan online tidak disediakan.

Sebaliknya, anda perlu pergi ke terus samada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim / Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO.

PERKARAJUMLAH BANTUAN
Skim Gerbang Az-Ziwaaj 2023RM1000 one off

Bantuan Pasangan Baru Kahwin Selangor 2023
Untuk Selangor pula, Insentif Generasi Muda diperkenalkan (igems Selangor) bagi membolehkan yang lahir atau sudah tinggal 10 tahun di negeri ini untuk menikmati bantuan kahwin selangor khas ini.

Kepada yang berminat boleh semak insentif kahwin selangor di link pautan ini, https://igems.yawas.my/web/

PERKARAJUMLAH BANTUAN
Skim iGems SelangorBantuan RM300 one off

Berdasar semakan kami yang telah dapat insentif perkahwinan selangor 2023. Anda bila lagi?

Pahang
Kepada anak anak Pahang ini berita baik untuk anda di bawah Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang bagi membolehkan anda claim dan tebus bantuan ini.

PERKARAJUMLAH BANTUAN
Bantuan Pasangan Pengantin Baru PahangBantuan RM200 one off

Bantuan Raja Sehari Johor 2023
Mana-mana daripada anda yang menerima gaji dan pendapatan RM5000 sebulan dan ke bawah layak untuk menikmati Bantuan Raja Sehari Johor untuk pasangan baru berkahwin.

Semak dan download borang bantuan berkahwin untuk bantuan pasangan raja sehari melibatkan negeri Johor di link pautan ini, https://jainj.johor.gov.my

PERKARAJUMLAH BANTUAN
Bantuan untuk pasangan baru kahwin di JohorBantuan RM1000 one off

Kepada yang dapat bantuan 1000 untuk pasangan berkahwin johor, kami ucapkan tahniah. Selamat pengantin baru.

Bantuan Perkahwinan Terengganu RM1000
Kerajaan negeri Terengganu juga tidak mahu ketinggalan dalam membantu anak muda, pasang muda dalam mendiri rumah tangga dengan memperkenalkan satu prgram bantuan walimatulurus perdana yang ditawarkan khas buat rakyat Terengganu yang berhasrat da merancang untuk berkahwin.

Antara senarai bantuan kahwin terengganu ialah pakej bantuan honeymoon dan bulan mahu selama 3 hari 2 malam, pelaman, jurusolek, kad kahwin, jurugambar turut disediakan, pasangan kahwin diberikan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional BSN sebanyak RM1000, baju nikah lelaki dan pengantin perempuan disediakan, keluarga pengantin lelaki dan prempuan seramai 50 orang turut dijemput hadir.

Kepada yang berminat boleh terus rujuk pada link pautan ini, https://www.ypkt.gov.my

Kami sekarang sedang kemaskini senarai bantuan kahwin melibatkan semua negeri di Malaysia selain Selangor Kuala Lumpur Pahang Terengganu Kelantan dan Johor, iaitu Pulau Pinang Penang Kedah Perlis Perak Melaka Negeri Sembilan Sabah dan juga Sarawak.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!