Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock dan Sambal Belacan Padu - Info Resepi

Info Resepi Masakan 2023

Video 

Jumpa lagi kita pada video kali ni, dan Che Nom nak share resepi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock, siap pakej dengan sambal belacan yang padu!.

Resepi ni bukan nya resepi asal, cuma Che Nom saja suka-suka masak dan buat sampai dapat hasil yang ala-ala nak sama. Boleh la nak buat idea menu bulan puasa nanti. Nak rasa yang ori, kena pergi kedai Mat Rock. Apa yang menarik ialah, ayam nya tu kita perap dengan kunyit dan rempah-rempah lain, kemudia kita goreng sampai garing tapi masih lembut di dalam dan siap dengan sayur-sayur lagi.

Makan pula dengan sambal belacan yang pedas dan mantop rasa dia, gu dengan telur goreng makcik kantin…kicap sikit. Memang terbaik.

Bahan-bahan untuk ayam kunyit :
500g isi ayam
2-3 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kari
½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk seasoning
2 sudu besar tepung beras
Sedikit air
½ batang lobak merah
3 batang kacang panjang
½ biji bawang holland
Bunga kubis
1 tangkai cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk sambal belacan :
4 ulas bawang putih
½ biji bawang holland
5-10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
1 inci belacan
5 biji limau kasturi
1 biji kecil tomato (kalau besar letak ½ biji aja)
1-2 sudu kecil garam
2-3 sudu kecil gula
½ cawan air asam jawa

Bahan untuk dihidang bersama :
Telur goreng
Kicap

Sumber : Che Nom