Info Resepi Masakan 2023
Video
Jom tengok Che Nom nak share resepi ayam bakar, tanpa perlu gunakan oven atau tanpa air fryer. Hanya dengan menggunakan sebiji kuali sahaja kita dapat sediakan ayam bakar yang cukup moist, dan sedap.
Maklum lah rumah kat bandar, mana nak cari dapur arang kan? Bukan semua rumah ada airfryer atau oven, terutamanya sekali rumah bujang.
Jadi Che Nom tunjuk salah satu cara yang mudah, dan ayam pun gerenti masak sepenuhnya sampai ke dalam.
Rupa pun cukup menarik dengan sapuan khas untuk grill ayam.
Bahan-bahan perapan:
3 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 cili merah besar
2 sb biji ketumbar
4 sb minyak masak
Sedikit air
1 kilo ayam
2-3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
Garam secukup rasa
2 sb madu
1 cawan air
Bahan-bahan salutan:
1 sb minyak masak
1-2 sb madu
1/2-1 sb kicap pekat manis
Sumber : CheNom
Terima kasih